Assalamulaikom dan salam sejahtera. Selamat datang ke laman Perpustakaan Desa Felda Bersia. Diharap dengan adanya laman ini dapat memperkenalkan Perpustakaan Desa Felda Bersia sebagai jendela gedung ilmu kepada warga keluarga PPANPK. Melalui laman ini sama-samalah kita melihat keluar dan ada ketika kita luangkan sedikit waktu melihat ke dalam. Laman ini merupakan tingkap yang membuka pandangan dalam usaha kita mempromosikan perpustakaan kepada masyarakat persekitaran dengan mengadakan pelbagai aktiviti sebagai satu Program Galakguna Perpustakaan. Di samping itu laman ini juga mampu memperkenalkan Felda Bersia serta membantu memberikan informasi tentang aktiviti yang dijalankan dan kawasan menarik di persekitaran. Diharap pengunjung laman ini dapat memperolehi sedikit maklumat dan dapat juga mambantu memberikan maklumat bagi memajukan lagi perpustaakan kita. Tiada sesiapapun yang dapat menghalang kita daripada mencapai kejayaan dan kecermelangan hidup ini selain daripada diri kita sendiri kerana kita adalah NAKHODANYA. Pandangan dan komen daripada anda semua sangat di alu-alukan. Terima Kasih. Baca@gaya hidup Siti Azizah binti Lazim Pembantu Perpustakaan Desa Felda Bersia
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Laporan PGG sesi 15 bulan Mei 2010
|
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||





